Nampaknya Syed Saddiq memang jenis partner goals, bukan setakat support, tapi betul-betul nak pasangan dia terus terbang tinggi.
Menerusi satu podcast, Ahli Parlimen Muar tu share yang dia tak nak bakal isteri dia, Bella Astillah, kena korbankan impian hanya sebab nak ikut dia. Bagi dia, hubungan kena dua-dua grow, bukan seorang je kejar cita-cita.
Teruskan MembacaKatanya, tak adil kalau impian dia tercapai tapi dalam masa sama impian pasangan terpaksa ‘dikuburkan’. Lagi-lagi bila dia sendiri akui Bella adalah wanita berkerjaya yang sangat berjaya.
Apa yang buat ramai terkejut, Syed Saddiq juga buka cerita pasal beza income antara dunia politik dan industri hiburan.
Menurut dia, bayaran dalam industri hiburan memang jauh lebih tinggi. Siap share contoh, kalau Bella perform nyanyi satu malam, bayaran tu boleh sama dengan gaji dia sebulan sebagai ahli Parlimen.
Bukan tu je, dia juga mention pengalaman shooting yang bayaran sehari boleh cecah bersamaan dua hingga tiga bulan gaji ahli Parlimen. Memang jauh beza.
Walaupun macam tu, jelas dia tak rasa tercabar sebaliknya bangga dan terus bagi full support untuk Bella kejar impian dia.
Ringkasnya, bukan semua lelaki boleh accept pasangan lebih berjaya dari segi income. Tapi Syed Saddiq nampaknya okay je, siap jadi cheerleader nombor satu lagi!
















