Anak kepada penerbit terkenal Datuk A. Aida, Azeva Natassha, tampil dengan kenyataan yang cukup merendah diri mengenai penyertaannya dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2).
Menerusi satu sesi siaran langsung, Azeva mengakui dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk bergelar juara. Sebaliknya, dia lebih selesa jika rakan-rakan seperjuangannya yang berjaya mencuri perhatian dalam pertandingan tersebut.
Teruskan MembacaMenurut Azeva, dia sudah cukup bersyukur sekiranya dapat melangkah ke peringkat final, malah tidak kisah berada di kedudukan lima teratas sahaja.
“Saya nak kawan-kawan saya dapat top three, saya dapat nombor lima pun okay asalkan dapat pergi final.
“Saya rasa mereka lebih memerlukan berbanding saya. Kalau boleh saya nak kawan-kawan saya yang jadi juara. Tapi kalau saya sampai final pun saya dah bersyukur,” katanya.
Tambahnya lagi, dia tetap gembira jika menang, namun dalam masa yang sama lebih menghargai usaha dan keperluan rakan-rakan lain dalam pertandingan itu.
Di ruangan komen, ramai netizen memuji sikap Azeva yang dianggap matang dan memahami kesusahan orang lain. Tidak kurang juga yang turut menyifatkan beliau sebagai rendah diri walaupun datang daripada keluarga berpengaruh dalam industri hiburan.
















