Pelakon Mierul Aiman mengakui dirinya cukup tersentuh emosi selepas mendengar lagu runut bunyi (OST) untuk filem Tarung: Unforgiven.
Menurut Mierul, lagu tersebut bukan sekadar sedap didengar, tapi memang “kena” dengan jiwa cerita. Emosi dalam lagu itu berjaya ‘angkat’ lagi feel setiap babak, sampai buatkan penonton lebih mudah connect dengan watak dan konflik yang dipaparkan.
Teruskan MembacaUntuk yang belum tahu, Tarung: Unforgiven berkisar tentang perjalanan seorang lelaki yang terjerumus dalam dunia gelap penuh konflik, dendam dan pertarungan. Walaupun sarat dengan aksi, filem ini tetap kuat dari segi emosi, menyentuh soal kehilangan, kesilapan masa lalu dan usaha untuk menebus diri.
Dalam tekanan dunia yang keras itu, watak utama perlu buat pilihan sukar yang akhirnya menguji prinsip hidupnya sendiri. Setiap keputusan datang dengan harga yang perlu dibayar.
Menariknya, lagu OST berjudul “Terbang” itu merupakan hasil ciptaan Noh Salleh, yang turut dipuji Mierul kerana sentuhan muziknya yang disifatkan sebagai ‘magis’.
Bagi Mierul, gabungan muzik dan emosi dalam lagu itu bukan saja melengkapkan filem, tapi jadi antara elemen penting yang benar-benar menghidupkan keseluruhan pengalaman menonton.
















