Masuk usia 48 tahun, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil dengan satu sisi yang cukup jujur, tentang kecantikan, keyakinan diri dan realiti dunia hiburan.
Dalam satu temubual, Sarimah akui dia sendiri tak pernah melihat dirinya sebagai “cantik” seperti yang orang lain mungkin fikir.
Teruskan MembacaTapi bagi dia, itu bukan isu utama.Menurutnya, usia bukan penghalang untuk pelakon wanita terus relevan dalam industri. Malah, makin meningkat umur, makin banyak pengalaman hidup yang boleh dibawa ke dalam lakonan.
“Bila kita makin berusia, kita ada lebih banyak pengalaman untuk diterjemahkan di layar,” katanya.
Sarimah juga percaya, dunia lakonan bukan sekadar rupa paras.
Katanya, pengalaman dan komitmen jauh lebih penting berbanding kecantikan semata-mata.
Masih boleh pegang watak utama, tapi kena beri 100 peratus. Tak perlu terlalu fokus nak nampak cantik setiap masa, yang penting adalah penghayatan watak.
Bawa watak Seroja dalam Pewaris Susuk, Sarimah kata dia nampak banyak persamaan dengan karakter tersebut.
Watak itu digambarkan sebagai seseorang yang sentiasa rasa dirinya tak cukup sempurna dan itu relatable untuk ramai orang, termasuk dirinya sendiri.
“Cantik itu subjektif. Ada orang tengok kacukan pun tak cantik. Saya sendiri tak tahu definisi sebenar cantik.
“Saya tak pernah rasa diri saya cantik. Saya pun ada kekurangan dan saya rasa ramai orang pun rasa benda yang sama,” luahnya.
Apa yang Sarimah kongsi ni memang “real talk”. Kadang-kadanga kita terlalu kejar standard kecantikan sampai lupa, semua orang sebenarnya ada insecurities masing-masing.
















