BEKAS pramugari dan kini merupakan pengusaha bakeri, Ayu Omar, mencatat sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai wanita berhijab pertama mewakili yang berjaya merangkul takhta Mrs National World 2023 di Thailand.
Mengimbau kembali perjalanan hidup wanita jelita itu apabila dia tidak mampu berbuat apa-apa apabila kontrak sebagai kru kabin di syarikat penerbangan tempatan ditamatkan sejak tiga tahun lalu.
Teruskan MembacaInsiden itu juga secara tidak langsung memberinya inspirasi untuk menjalankan perniagaan jualan kek secara dalam talian.
Ayu, 30, mula mengusahakan hidangan itu dengan bermodalkan RM 100, dia mencuba resepi pertamanya iaitu burnt cheese cake (kek keju bakar).
“Tujuh kali saya jatuh, lapan kali saya bangun. Itulah prinsip dan cara saya lakukan sampai ke saat ini,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.
Usaha demi usaha, Ayu dapat mencipta nama apabila berjaya meraih gelaran Mrs National Universe Malaysia tahun ini sekali gus mewakili negara pertandingan peringkat antarabangsa di Thailand.
“Dinobatkan sebagai Mrs National Universe Malaysia 2023 satu penghargaan dan masih saya tidak percaya sampai sekarang. Inikan pula mewakili negara ke persada antarabangsa dan sekali lagi dimahkotakan,” katanya memetik laporan, Kosmo!.
Katanya lagi, hasil solekan dari Nazri Sulaiman dan pakaian dari Jimmy Couture & Tyra Remy Collection menyerikan lagi kecantikan Ayu dalam pertandingan tersebut.
Ayu turut berkongsi bahawa perancangannya pada tahun hadapan, dia akan kekal fokus dalam perniagaan kek yang memasuki tahun ketiga.
Selain itu, Ayu juga melibatkan diri dalam pelbagai bisnes lain seperti makanan dan kecantikan.
Tambahan info, dalam masa terdekat Ayu akan melancarkan perniagaan nasi beriani Singapura dimana tempat asal arwah ibunya dijadikan inspirasi. — KL VIRAL