Terkini

Alif Satar kemalangan

PELAKON dan penyanyi terkenal, Alif Satar terbabit dalam kemalangan di Hartamas, berdekatan dengan Istana Negara semalam.

Bagaimanapun, Alif tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius setelah dimaklumkan oleh pengurus beliau yang bernama Dina.

“Keadaan dia okay sahaja dan tak ada kecederaan serius. Dia kini masih dipantau di sebuah pusat perubatan. Doktor nak pantau jika ada kecederaan dalaman,” katanya kepada Harian Metro.¬†

Kejadian berlaku ketika Alif sedang menunggang motosikal ingin pulang ke rumah keluarganya yang berdekatan setelah menunaikan solat Jumaat.

Menerusi perkongsian melalui aplikasi X akaun milik pelakon dan usahawan terkenal, Wak Doyok, membabitkan motosikal yang ditunggang Alif dilanggar oleh sebuah kereta.

Tambah lagi, Alif sempat memohon agar semua orang berdoa buat kesembuhan dirinya melalui aplikasi Whatsapp bersama ahli perniagaan Datuk Saniboey Mohd Ismail yang dikongsikan di akaun Instagram beliau.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top