SEBUAH negara yang merdeka dan menpuhi liku – liku kemerdekaan, masyarakat majmuk dapat bersatu berlandaskan semangat nasiolisme yang tinggi.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah merasmikan mercu tanda kemerdekaan iaitu Menara Merdeka 118 sebagai satu simbol penyatuan rakyat yang merdeka.
Teruskan Membaca“Dari sudut mana sekalipun kita melihat menara ini, ia memberi cerminan bagaimana negara kita telah melalui peredaran zaman sehingga akhirnya maju jaya dalam pelbagai bidang dengan struktur sosial dan nilai perpaduan menurut acuan kita yang tersendiri.
“Justeru it, rakyat Malaysia perlu berasa bangga melihat Menara Merdeka 118 ini adalah satu bukti kejayaan yang berterusan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Menara Merdeka 118 baru-baru ini.
Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih serta memasyhurkan Masjid Al-Sultan Abdullah yang merupakan masjid utama Kompleks Menara Merdeka 118 kerana sudi menamakan ia dengan namanya.
Istimewa turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Ini adalah satu hadiah dan terpatri di ingatan yang sungguh berharga kepada beta dan Raja Permaisuri Agong. Kami menghargainya selagi nyawa di kandung badan,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Permodalan Nasional Berhad (PNB) kerana menjadikan pembinaan Menara Merdeka 118 satu kenyataan.
Baginda turut menzahirkan keyakinan PNB sebagai sebuah institusi pelaburan utama negara yang akan terus melangkah maju dalam usaha memperkasakan ekonomi negara.
Sekadar info, Menara Merdeka 118 itu dimiliki PNB melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd. Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).
Baca juga: