TITIPAN doa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semoga perkahwinan antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah, diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Anwar dan isteri telah berangkat ke Brunei pada Sabtu malam, 13 Januari bagi memenuhi undangan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Persandingan Diraja anakanda baginda pada 14 Januari, Ahad.
Teruskan MembacaMenerusi catatan Facebook, beliau memaklumkan mereka amat berbesar hati menerima jemputan tersebut yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan baru-baru ini.
“Titipan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulis beliau.
Dalam pada itu, Anwar sempat bersemuka dengan pemimpin Asia Tenggara (ASEAN) lain yang hadir ke majlis berkenaan antaranya, Presiden Indonesi, Joko Widodo, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Lee Hsien Loong iaitu Perdana Menteri Singapura.
Sekadar info, Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha telah selamat diijabkabulkan di Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien pada 11 Januari lalu. — KL VIRAL
Baca juga: