MERAFAK sembah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-76 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menerusi satu hantaran Facebook, Anwar mendoakan semoga Tuanku Muhriz, Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan seluruh kerabat Diraja senentiasa diberikan kesejahteraan, dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
Teruskan MembacaSelain itu, baginda turut bertitah supaya masyarakat menolak elemen negatif yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian bagi memastikan kestabilan moral da sosial dipupuk mengikut nilai agama dapat diperkuatkan.
Baginda menyeru rakyat untuk mengenali dan memahami adat serta budaya berbilang kaum di Malaysia bagi menjamin kesejahteraan khususnya di Negeri Sembilan.
“Oleh itu, beta menyeru semua rakyat untuk mempertingkatkan tali perhubungan dan percampuran dalam kalangan masyarakat majmuk melalui pelbagai aktiviti.
“Perkara tersebut akan meningkatkan semangat kebersamaan antara kita sentiasa dan seterusnya mengekalkan perpaduan dan keharmonian,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat pada hari kejadian.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tersenarai daripada 473 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena sambutan ulang tahun keputeraan tersebut.
Baca juga: