IBU kepada penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir, iaitu Muzlipah Aishah Pawanteh telah kembali ke rahmatullah.
Berita duka yang dikongsikan oleh Faizal atau nama penuh Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 46, menerusi sebuah pautan di Instagram miliknya.
Teruskan MembacaDalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Ragaman itu reda dengan pemergian ibunya dan memohon doa ramai buat ibu tercintanya.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali. Rehatlah dan tenanglah di negeri abadi mama, cinta hati pertama saya.
“Mama dah buat yang terbaik untuk kami semua. Anak-anak masih ada urusan dunia. Kami menyusl kemudian. InshaaAllah.
“Kepada yang mengenali ibu saya, Muzlipah Aishah Pawanteh, mohon dihalalkan segala makan minum dan diampunkan segala kekurangan serta salah silapnya selama berkenalan,” katanya.
Dalam masa yang sama, memtik laporan KOSMO!, adiknya seorang penyampai radio Zayyan FM iaitu Anas Tahir turut meluahkan rasa rindu kenangan bersama ibu tercinta ketika bulan Ramadan.
“Tarawih Anas akan rindu bunyi mama gerakkan telekung belakang Anas. Dulu mesti mama tolak Anas jadi imam.
“Tidak akan lagi dengar ayat mama ‘Anas jadi imam, mata mama segar’. Momen tersebut akan dirindui,” ujarnya menerusi Instagram miliknya.
Sebelum ini, bekas anggota kumpulan nasyid Far East pernah menjual barang kesayangannya bagi menampung kos rawatan ibunya seperti pembesar suara, mikrofon dan helmet.
Jenazah ibu tercinta bagi kedua-dua selebriti itu akan dikebumikan selepas waktu zohor di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam.
Baca juga: