NAMA penyanyi dan penerbit muzik, Damian Mikail hangat diperkatakan setelah dia memuat naik satu hantaran yang seoleh-oleh menyuarakan pandangan terhadap sokonga kepada ‘tukang tiru’ produk sambal pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Katanya, tujuan hantaran tersebut bukan ditujukan kepada Khairul Aming, tetapi ditujukan kepada peminat yang taksub dengan produk itu.
Teruskan MembacaDamian berkata, dia dengan iseri sangat ‘mengikut rapat’ ariasi resepi Khairul Aming dan sentiasa mneghormatinya kerana sikap serta pencapaian baik beliau.
“Aku tanya soalan awal, tuju kepada netizen taksub, bukan kat KA. Kalau tak faham bahasa, pergi balik ke sekolah. Kalau hati busuk, zikir dan istighfar banyak-banyak,
“Aku sendiri minat dan hormat KA. Bahkan, aku sendiri pernah muat naik dan ‘tag’ dia sebelum-sebelum ini, memuji dia kat Instagram. Isteri aku pun ikuti resipi-resipi dan kandungannya yang positif dan bermanfaat. Kalian ini bikin fitnah aku, tak baik tahu? Habis isteri aku pun marah aku semalam,” katanya.
Dalam pada itu, Damian juga menyatakan bahawa dia tidak menyokong mana – mana pihak dan memohon maaf sekiranya hantaran tersebut menimbulkan salah faham kepada semua.
Baca juga: