Langkah menyegerakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diteruskan buat penjawat awam setelah tertangguh berkenaan hutang negara sebelum ini.
Inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak dapat diteruskan kerana memandangkan tahun lalu Kerajaan Perpaduan mewarisi kedudukan kewangan yang terlalu tinggi sebanyak 1.5 trilion dengan defisit sekitar 5.6 peratus.
Teruskan MembacaAnwar panjatkan rasa syukur kerana dapat mengurangkan defisit turun sehingga mencapai lima peratus kerana kepimpinan kerajaan pada masa kini,
“Maknanya, kalau kita ada fokus jelas dan komitmen untuk laksana dengan baik, saya percaya ia boleh dilakukan seperti pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU),” katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran PADU, pada Selasa.
Oleh kerana dapat memberi maklum balas positif kenaikan gaji yang drastik, Anwar mahu kajian SSPA dilaksanakan, memetik laporan media terdahulu.
Anwar sebagai Menteri Kewangan juga mahu menyelaraskan gaji penjawat awam selari dengan maksud slogan anjakan paradigma yang sering dilaungkan.
Pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu, kerajaan mengumumkan pemberian Bayaran Insentif Awal SSPA sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bayaran insentif RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
Ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, bayaran insentif terbabit akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari depan.
Baca juga: