Terkini

PM lancar PADU bagi perkembangan teknologi masa kini

Pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.

Pembetangan mengenai PADU terlebih dahulu dimulakan oleh Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dengan forum yang bertajuk ‘Memacu Peralihan Melalui PADU’.

Berikut dijadualkan Anwar akan merasmikan sistem berkenaan pada tengahari.

Selepas PADU dilancarkan, sistem tersebut akan dibuka kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengesahkan atau mengemas kini data isi rumah mereka selama tiga bulan iaitu dari 2 Januari ini hingga 31 Mac depan.

Tujuan PADU adalah menyediakan  pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif sekali gus proses membuat keputusan berpacukan data dan membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Untuk info, bagi memastikan rakyat yang layak menikmati program bersubsidi bersasar daripada kerajaan dinasihatkan untuk mengemas kini data mereka menerusi PADU dan bagi yang layak tetapi enggan berbuat demikian tidak akan dikenakan sebarang tindakan. — KL VIRAL

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top