PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada negara Iran berkenaan pengeboman di Wilayah Kerman yang meragut hampir 100 nyawa pada 3 Januari, Khamis.
Anwar membuat membuat kenyataan di Facebook berkta, rakyat Malaysia turut melakukan solidariti ke atas insiden tersebut.
Teruskan Membaca“Malaysia membantah dan mengecam malah, mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa,
“Sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan kezaliman Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu,” katanya.
Harapan Anwar agar dalang kepada insiden tersebut dapat diheret ke muka pengadilan kerana kesan keganasan yang berlaku.
Anwar berkata, menjelang tahun baru, sebaiknya budaya ganas dan rakus seperti ini dihentikan supaya mampu membimbing kehidupan manusia sejagat ke arah keamanan.
Untuk info, dua siri letupan bom pernah berlaku berhampiran makam Qasem Soleimani iaitu Jeneral tentera Iran yang terbunuh pada 2020.
Insiden itu dilaporkan berlaku ketika orang ramai berkumpul dalam sebuah majlis berhampiran makam berkenaan bagi memperingati ulang tahun keempat kematian Soleimani.
Baca juga: