Terkini

PM yakin Malaysia mampu jadi destinasi pelaburan utama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan singkat ke Canberra, Australia sempat mengadakan kunjungan hormat ke atas Gabenor Jeneral Komanwel Australia, David Hurley AC DSC (Retd) di Government House, Canberra pada Khamis lalu.

Menerusi laman Facebook milik Anwar, beliau sempat bertukar pandangan mengenai hubungan dan kerjasama Malaysia-Australia dalam konteks pengukuhan jalinan persahabatan masa kini dan hadapan.

“Saya dan delegasi Malaysia juga sempat singgah di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra sebelum berangkat pulang ke tanah air.

“Dalam pada itu, pelbagai pengalaman dikutip dalam lawatan rasmi pada kali ini. Apa yang utama setiap ruang dan wacana telah saya dan delegasi Malaysia gunakan sepenuhnya untuk meyakinkan pelabur.

“Secara tidak langsung, mengangkat Malaysia sebagai antara destinasi pelaburan utama di dunia,” tulisnya di laman Facebook.

Anwar turut memaklumkan, pihak kerajaan akan terus bekerja meletakkan Malaysia sebagai destinasi penting pelaburan yang pasti akan membawa hasil dan kemakmuran yang memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top