SYARIKAT kelengkapan sukan, PUMA mengesahkan akan menamatkan kontrak penajaan dengan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) pada 31 Disember depan, dilihat sebagai kejayaan besar bagi kempen boikot global sejak 2018.
IFA dikecam kerana melibatkan pasukan dari penempatan haram Israel di tanah Palestin yang mencetuskan bantahan global yang memberi kesan besar kepada imej PUMA.
Teruskan Membaca“Kempen Boikot PUMA berjaya merosakkan imej jenama ini dengan mengaitkannya kepada rejim apartheid Israel,” kata jurucakap Gerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) menerusi laman Instagram mereka.
Sepanjang lima tahun, protes di kedai PUMA, penamatan kontrak oleh atlet dan boikot produk meluas meningkatkan tekanan terhadap syarikat tersebut.
Pada 2023, di tengah-tengah konflik Gaza, tekanan bertambah apabila selebriti seperti Rihanna diminta menamatkan kerjasama dengan PUMA, manakala peruncit seperti O’Neills menghentikan penjualan produknya.
Dalam langkah luar biasa, PUMA mengumumkan tidak akan memperbaharui kontrak IFA, mencerminkan keberkesanan kempen ini.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memaksa PUMA menghentikan keterlibatannya dengan rejim apartheid Israel,” tambah jurucakap gerakan tersebut. — KL Viral
Baca juga: