JOHOR BAHRU: “Power gila!” Itulah reaksi ramai bila nama Nurul Izzah Anwar diumum sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu malam tadi.
Lagi manis, beliau menjadi WANITA PERTAMA dalam sejarah parti yang berjaya sandang jawatan nombor dua itu!
Teruskan MembacaDalam pemilihan sengit yang berlangsung , Nurul Izzah, 44, menewaskan penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi tu!), dengan 9,803 undi.
Keputusan diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, sempena Kongres Nasional PKR 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada.
Majlis penuh gemilang itu dirasmikan sendiri oleh Presiden PKR dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri tokoh-tokoh politik besar seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah, Mohamad Sabu (AMANAH), Anthony Loke (DAP), Ewon Benedick (UPKO), Dr Zambry Abdul Kadir (BN) dan Alexander Nanta Linggi (PBB).
Proses pemilihan berlangsung dari pagi sampai petang, dengan lebih 32,000 ahli PKR mengundi secara fizikal dan dalam talian. Memang meriah habis!
Netizen rata-rata teruja dengan kemenangan ini, menyifatkan ia sebagai nafas baharu dalam politik tanah air.
Ramai juga yang bangga melihat wanita mula mendominasi posisi penting dalam parti besar negara.