“Aman je, tapi padat drama politik!”
Pengundian PRK DUN Ayer Kuning bakal berlangsung Sabtu ni tapi calon mana yang berpotensi besar nak tapau kerusi panas ni?
Teruskan MembacaRamai tertanya-tanya, parti mana sebenarnya yang leading? Ilham Centre sebuah badan penyelidikan sudah pun keluarkan kajian mereka. ramalan, blok mana yang ada peluang cerah untuk menang besar.
1. BN Bakal Menang Gaya Nostalgia?
Calon Barisan Nasional, Dr Yusri Bakir, bekas cikgu yang ramai orang kampung panggil “Sir”, main sentimental habis. Strategi dia simple je – pergi rumah ke rumah, salam, senyum, dan ingat nama murid lama. Confirm makcik-makcik cair.

2. PN All Out Tapi Kurang Gear
Ustaz Muhaimin dari Perikatan Nasional turun padang, bawa aura ustaz mesra surau. PN pulak all-out kat media sosial, ceramah mini, content gempak. Tapi nampak sangat hanya fokus satu hala iaitu pengundi Melayu saja, yang lain macam dilupa.

3. PSM Jadi ‘Plot Twist’!
Tengah BN vs PN tengah bergasak, Bawani dari PSM muncul dengan isu pekerja ladang dan hak komuniti India. Tak menang pun, tapi dapat spotlight. Ramai puji dia sebagai calon ‘berjiwa rakyat sebenar’.

4. PKR Macam Slow Sikit…
Jentera PKR agak sendu kali ni, maybe sebab sibuk dengan pemilihan dalaman. Tapi nasib baik AMANAH dan DAP cover line.
5. Siapa Terkandas?
Walaupun BN dijangka kekalkan kerusi, sasaran nak menang 18 ribu majoriti macam jauh sangat nak capai. PN pulak, walaupun tak menang, at least kekalkan sokongan Melayu muda – so still boleh balik rumah dengan kepala tegak.
Kesimpulan?
Ayer Kuning bukan sekadar PRK biasa – tapi ‘test drive’ untuk Kerajaan Perpaduan & mood pengundi menjelang PRU. BN tapau, PN kekalkan taring, PSM naik saham… dan PKR? Kena recharge.
Sumber: Kajian & Laporan ILHAM Centre – “Pola Pengundian PRK N.48 Ayer Kuning” (25 April 2025)
#KLviral #AyerKuningPRK #BNvsPN #PSMplotTwist #PolitikSantai #IlhamCentre