Terkini

Kewujudan Langkah Dubai tidak mampu gulingkan Kerajaan Madani

RANCANGAN gerakan Langkah Dubai yang kononnya untuk menjatuhkan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai satu tindakan sia-sia.

Perkara ini berikutan terdapat beberapa pemimpin parti pembangkang yang terlibat sepatutnya memainkan peranan sebagai blok konstruktif serta professional dalam pendemokrasian sihat negara ini.

Penganalisis politik dari Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr Mazlan Ali, berkata, kepimpinan Anwar yang kuat sama sekali tidak dapat digugat sekaligus mmepunyai asas yang kuat menerusi sokongan dua pertiga ahli parlimen berdasarkan titah perintah Yang di-Pertuan Agong.

“Sepatutnya pembangkang boleh memainkan peranan dengan baik dan bersaing secara sihat, antaranya dengan mengkritik dasar dirangka kerajaan dan sebagainya. Demokrasi sebeginilah yang sepatutnya diikuti,

“Jadi pembangkang kenalah melaksanakan peranan sewajarnya dalam tempoh berbaki empat tahun ini. Kritiklah mana-mana dasar yang tidak baik dan sebagainya,” katanya dipetik laporan Berita Harian.

Perkara tersebut dapat dielak jika sekiranya mereka yang terlibat dalam politik mengamalkan pendemokrasian yang secara adil, matang dan sihat. — KL VIRAL

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top