PETALING JAYA: Isu kerajaan kumpul data rakyat tengah hangat diperkatakan… tapi, pernah tak kita fikir, kita sendiri setiap hari bagi data free dekat media sosial?

Pakar keselamatan siber, Prof Dr Selvakumar Manickam dari USM, kata ramai rakyat Malaysia sebenarnya hipokrit bab data peribadi ni.
Teruskan Membaca“Dekat IG, Facebook, TikTok… share lokasi, rutin harian, check-in sana sini… gambar anak pun upload. Tapi bila kerajaan kumpul data (yang sebenarnya tak libatkan identiti peribadi pun), terus melenting takut kena ‘intip’,” katanya.
Tambah pelik, syarikat gergasi macam Google, Meta, Apple boleh pula orang ramai percaya bulat-bulat, walaupun memang terang-terang syarikat ni kumpul data untuk iklan dan bisnes!
Betul Ke Kerajaan Intip? Ini Fakta Sebenar!

Prof Emeritus Dr Sureswaran Ramadass, pakar keselamatan siber lain, pula jelaskan… data yang kerajaan (MCMC) kumpul ni bukan data peribadi.
✅ Tak ada nama
✅ Tak ada nombor telefon
✅ Tak ada kandungan mesej
✅ Tak boleh jejaki individu
Tujuan sebenar? Nak tahu kawasan mana lemah liputan internet, berapa banyak peranti aktif, dan persediaan bila bencana berlaku.
Dan paling penting… semua ni ikut undang-undang! Termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
“Jangan takut benda yang tak betul. Kita kena nilai ikut fakta, bukan ikut sentimen atau spekulasi,” tegas beliau.
Moral of the Story: Jangan Double Standard!
Pakar-pakar ni sepakat, isu data negara bukan benda main-main.
Kita kena lebih bijak, faham beza antara usaha tingkatkan keselamatan digital… dengan isu privasi sebenar.
So sebelum kecam kerajaan… tanya diri sendiri dulu: Data kat IG, TikTok tu dah cukup secure ke?