PETALING JAYA:Kalau anda pemilik kenderaan asing yang selalu keluar masuk Malaysia, tolong ambil perhatian!
Mulai 1 Julai 2025, kerajaan Malaysia akan kuatkuasakan sepenuhnya Permit Masuk Kenderaan (VEP)!
Teruskan MembacaSiapa yang masih belum daftar atau tak aktifkan tag VEP, bersiaplah untuk disaman RM300 on the spot!
“Saman akan terus dikeluarkan kepada pemandu kenderaan asing yang tak patuh. Takde alasan lagi,” tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Setakat 2 Jun, lebih 231,000 tag VEP dah dikeluarkan… tapi yang aktif baru 194,000 lebih.
Lagi 36,000 kenderaan masih belum aktifkan tag. Anda salah seorang ke?
Pegawai JPJ akan buat rondaan dan keluarkan saman secara fizikal di pusat pemeriksaan dan beberapa lokasi strategik.
Tak semestinya kat sempadan je tau! JPJ ada di mana-mana!
Macam Mana Nak Bayar Saman? Kalau dah kena:
- Bayar di kaunter JPJ
- Guna kaunter bergerak JPJ
- Atau lebih senang, bayar online je di portal MyEG
Pemandu Singapura, Jangan Pandang Remeh.
Menteri yakin majoriti pemandu Singapura akan patuh sebab mereka memang terkenal ikut undang-undang.
Tapi kalau terlepas pandang, tetap kena tindakan juga!
Jangan tunggu saat akhir! Daftar dan aktifkan VEP anda sekarang sebelum kena ‘surprise’ dari JPJ! Share info ni dekat kawan-kawan yang drive masuk Malaysia.