SHAH ALAM – Tak patah semangat! Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Nora Ariffin, tetap berpegang pada keputusannya untuk bercerai dengan suami, Dr Rushdi Ramli walaupun tahu prosesnya bukan sekejap.
Hari ini, Nora yang kini berusia 52 tahun dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk sebutan kedua kes, siap bawa kakak angkatnya, Rafeah Ariffin sebagai wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Teruskan MembacaMemetik laporan Kosmo, katanya ringkas, “Apa pun saya serahkan kepada pihak mahkamah.”
Terdahulu, Nora failkan permohonan cerai pada 21 April lepas, selepas rumahtangga mereka gagal diselamatkan.
Tapi masa sebutan pertama kes 6 Mei lalu, suaminya Dr Rushdi enggan lafaz cerai sebab nak pertahankan perkahwinan dan tegaskan perceraian itu tidak digalakkan dalam Islam.
Untuk yang mungkin tak tahu, Nora pernah dedahkan dia dan Dr. Rushdi dah pun bernikah secara tertutup pada hujung 2021.
Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer tersohor, Allahyarham Johan Nawawi, dan dikurniakan empat cahaya mata.