KUALA LUMPUR: Kalau kau tengah fikir nak pindah sebab dapat kerja baru jauh sikit dari rumah, jangan risau pasal kos pindah tu dulu sebab sekarang kerajaan bagi elaun mobiliti sampai RM1,000 weh!
Ya, betul tu. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, baru-baru ni umum yang kerajaan tengah serius nak bantu rakyat upgrade hidup bukan saja dengan gaji minimum dah lebih RM3,000, tapi juga dengan insentif untuk mereka yang berani keluar dari zon selesa dan cari peluang baru.
Teruskan MembacaApa yang best sangat dasar baru ni?
Elaun mobiliti sampai RM1,000 untuk bantu rakyat Malaysia yang pindah tempat tinggal sebab tukar kerja.
Perlindungan bencana luar waktu kerja – kalau jadi apa-apa kat luar waktu pejabat, still cover weh!
Bantuan khas untuk pencarum PERKESO yang hilang kerja tak dibiar terkapai-kapai.
4.3 juta pekerja dah rasa manfaat gaji minimum, dan 80% daripadanya rakyat tempatan tau, so bukan pekerja asing je untung.
Steven Sim cakap kerajaan bukan setakat nak “bagi kerja”, tapi nak pastikan kita semua ada kemahiran tinggi, gaji adil, dan peluang untuk terus maju.
“Kalau rakyat kita dapat sokongan yang betul, confirm industri pun akan pilih kita sebagai tenaga kerja utama,” katanya penuh yakin.
So, lepas ni kalau kau kena pindah sebab kerja baru, jangan stress pasal tambang lori atau sewa bilik dulu.
Cek dulu, mana tahu layak dapat elaun mobiliti RM1,000 tu!
Tag kawan kau yang tengah pening nak pindah kerja 😂👇