Pempengaruh media sosial terkenal, Ameera Khan, mengakui bahawa hubungan romantiknya dengan pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol, masih belum mendapat restu daripada bapanya.
Menerusi siaran langsung di platform TikTok baru-baru ini, Ameera menyatakan bahawa dia menyerahkan sepenuhnya urusan jodoh kepada ketentuan Ilahi, selain menyatakan perasaan sayangnya terhadap Jefri.
Teruskan Membaca“Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh terbaik mengikut kehendak Allah. Saya tidak pernah memohon secara khusus untuk seseorang lelaki. Apa yang saya minta hanyalah agar Allah menjaga dan memberkati hubungan ini,” ujar Ameera.
Beliau turut menambah, “Saya amat menyayangi Nichol, tetapi saya tidak akan melawan takdir. Saya percaya kepada ketentuan dan perancangan Allah. Itu adalah perkara paling utama.”
Walaupun belum mendapat persetujuan daripada bapanya, Ameera bersyukur kerana ahli keluarga yang lain memberikan reaksi positif terhadap hubungannya dengan aktor tersebut.
“Setakat ini, daddy belum beri restu, tetapi insyaa-Allah, tidak lama lagi. Bila bercakap tentang daddy, saya jadi sedikit gementar. Namun, saya anggap hubungan ini sebagai sesuatu yang serius. Semoga nanti, apabila tiba waktunya, segala-galanya akan dipermudahkan,” tambahnya.