PUTRAJAYA – Malaysia tak main-main bila bab hubungan antarabangsa! Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan penuh prestij dari Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio satu pertemuan penting yang menandakan Malaysia dan AS kini bersedia ‘upgrade’ hubungan ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif.
Dalam pertemuan ‘berat’ tapi penuh makna itu, kedua-dua pihak sepakat nak buka laluan kerjasama lebih luas dalam bidang yang tengah jadi tumpuan dunia pelaburan digital, kecerdasan buatan (AI), pertahanan dan pendidikan.
“Kami turut bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak termasuk Palestin, Ukraine dan Myanmar,” kata Anwar dalam satu hantaran Facebook yang mula jadi bualan ramai.
Tapi bukan itu je.
Anwar juga tak teragak-agak menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap tarif import 25% yang dikenakan oleh AS sejak era Presiden Donald Trump.
Katanya, tindakan ‘main solo’ macam tu boleh ganggu aliran perdagangan bebas dan jejaskan ekonomi negara membangun macam Malaysia.
“Ruang rundingan mesti terus dibuka. Kita nak keputusan perdagangan yang adil dan tak tindas negara kecil,” tegas PM Anwar.
Dan paling ‘mic drop moment’, Anwar secara rasmi jemput Trump datang Malaysia untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur pada Oktober nanti. Jemput terus, tak main-main!
“Kerjasama erat Malaysia-AS bukan saja kuatkan hubungan dua hala, tapi bantu pacu kestabilan dan keamanan Indo-Pasifik secara menyeluruh,” kata Anwar, penuh yakin.
Netizen pun dah mula beri reaksi ada yang puji langkah diplomatik matang, ada juga yang tertarik dengan fokus Malaysia terhadap AI dan isu global semasa.
Malaysia tunjuk taring diplomasi, bukan setakat pandang ke Barat, tapi pandang ke depan.