Pelakon popular, Rozita Che Wan meluahkan rasa kagum terhadap kecantikan usahawan dan pempengaruh terkenal, Noor Nabila, yang disifatkan lebih menawan apabila dilihat secara bersemuka berbanding di media sosial.
Menerusi sebuah video berdurasi 24 saat yang dimuat naik ke platform TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuji struktur wajah Nabila yang dikatakan kecil dan comel secara semula jadi.
Teruskan MembacaVideo tersebut merakam detik mesra sewaktu Nabila menghadiri satu majlis makan malam bersama sahabat baiknya, Rosix Ahmad, serta Rozita dan anak lelakinya, Ammar Effendy, di sebuah restoran eksklusif.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah reaksi spontan Nabila yang secara berseloroh membalas pujian Rozita dengan berkata, “Kita nak naik pelamin tahun depan,” sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan reaksi lucu dalam kalangan pengguna media sosial.