Lima Individu Termasuk Pasangan Suami Isteri Didakwa Edar Lebih 20 Kilogram Dadah di Pasir Mas

PASIR MAS, 10 Julai 2025 – Seorang usahawan wanita, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, atau lebih dikenali sebagai Yuyu, bersama suaminya, Mohd Faizal Ismail, 35, serta tiga lagi individu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini atas tiga pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine (pil kuda) seberat lebih 20 kilogram.

Tiga tertuduh lain yang turut didakwa ialah Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39, dan Mohamad Asmawi Janudin, 25. Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tiga lokasi berasingan sekitar Pasir Mas, Kelantan, pada 27 Jun lalu.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?