PARIS – Malaysia terus jadi rebutan! Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat bersama 40 ketua industri Perancis yang beroperasi di Malaysia, membincangkan pelaburan dan kerjasama strategik dalam sektor berimpak tinggi!
Antara jenama gergasi yang hadir termasuk Air Liquide, L’Oréal, Axens, Schneider Electric dan Thales – semua ini syarikat global yang dah lama bertapak di tanah air dan masih komited bantu bangunkan ekonomi Malaysia.
“Malaysia ni bukan calang-calang. Kita ada lokasi strategik, kestabilan politik, dasar mesra pelabur dan ekosistem industri yang dinamik – semuanya jadi tarikan utama pelabur luar,” kata PMX menerusi satu hantaran di Facebook.
Bukan itu saja! Malaysia kini muncul sebagai hab utama sektor tenaga bersih, semikonduktor, elektrik & elektronik dan masih terus dominan dalam minyak & gas.
PMX juga beri jaminan bahawa PKS tempatan akan terus diperkasa supaya boleh bersaing di pentas antarabangsa — siap ada transfer teknologi, latihan dan pembangunan bakat!
PM turut ajak syarikat Perancis teroka:
Zon Ekonomi Khas & Taman Halal
Tenaga Boleh Baharu
Teruskan MembacaTeknologi CCUS
Ekonomi Digital
Pertahanan & Aeroangkasa
“Semua ni seiring dengan agenda reformasi ekonomi negara yang inklusif dan mampan,” tambah PMX.
Lawatan kerja ini dijangka buka lembaran baharu hubungan Malaysia-Perancis, kukuhkan keyakinan pelabur dan lonjakkan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap lebih tinggi!