DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur mengenakan empat tindakan sita dan pindah barangan pasar karat yang terletak di beberapa lorong di Jalan Sultan dan Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur pada Ahad.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan DBKL, tindakan sita yang pertama dikenakan kepada pengendali warganegara Bangladesh yang berniaga di tepi Jalan Sultan, berhadapan Hotel Mandarin Pacific.
Teruskan MembacaTindakan sita kedua pula dikenakan terhadap pengendali warganegara Bangladesh yang berniaga di tepi Jalan Tun H.S. Lee, di hadapan Public Bank.
Seterusnya, tindakan sita yang ketiga dan keempat dikenakan di hadapan Public Bank, dimana dua orang pengendali warga asing telah melarikan diri semasa siasatan sedang dijalankan.
Kesemua tindakan tersebut dilaksanakan dibawah peruntukan Undang-Undang Kecil 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
Dalam pada itu, DBKL turut memberi amaran tegas kepada penjaja-penjaja pasar karat warga tempatan yang mengambil pembantu warga asing untuk bekerja agar tidak meneruskan lagi operasi kerja tanpa mereka.
“Sekiranya masih enggan mematuhi arahan, DBKL tanpa ragu-ragu akan menjalankan tindakan kompaun dan sita terhadap mereka,” kata kenyataan yang dikeluarkan DBKL. — KL Viral
Baca juga: