SUBANG JAYA: Leka berhibur dalam ‘private party’, tapi tak sangka malam tu jadi malam terakhir enjoy bila polis tiba-tiba serbu rumah banglo dan cekup 38 individu, termasuk pelajar kolej dan warga asing.
Serbuan yang dilakukan tengah malam semalam jam 12.30 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), IPD Subang Jaya itu membongkar pesta yang dipercayai melibatkan pengambilan dadah dalam kalangan penuntut IPTS berusia 18 hingga 27 tahun.
Teruskan MembacaMenurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Azlan Wan Mamat, daripada 38 orang yang hadir, 25 adalah warga tempatan, manakala 13 lagi warga asing.
“Kebanyakan mereka adalah remaja, penuntut kolej swasta. Empat lelaki tempatan berumur 21 hingga 25 tahun pula disyaki terlibat dengan pengedaran dadah,” katanya.
Hasil pemeriksaan, polis berjaya rampas 6.5 gram ganja dan 1.7 gram ketamin dalam serbuan tu. Lepas diserbu, semua pengunjung dibawa ke balai polis untuk ujian air kencing. Dan hasilnya? 9 warga tempatan dan 3 warga asing positif dadah.
“Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut,” tambah Azlan.
‘Private party’ yang kononnya seronok boleh jadi mimpi ngeri kalau libatkan bahan terlarang. Jangan main-main dengan undang-undang, sebab satu malam boleh rosakkan masa depan. Nak enjoy? Enjoy cara sihat.