GENEVA, Switzerland: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tampil lantang di pentas antarabangsa apabila menegaskan bahawa tiada mana-mana syarikat teknologi, walau sebesar mana pun, boleh mengatasi undang-undang sesebuah negara!
Ucapan itu disampaikan ketika beliau menjadi panel dalam sesi Leader’s Talk bertajuk “Fokus Menuju Dunia Terhubung yang Lebih Selamat” di acara berprestij WSIS+20 High-Level Event, berlangsung di Geneva.
Teruskan Membaca“Setiap negara berdaulat berhak menggubal dan menegakkan undang-undang mereka sendiri – demi keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan rakyat,” tegas Fahmi.
Beliau turut menekankan pentingnya kerjasama global dan kolaboratif dalam memperkukuh kepercayaan digital serta ketahanan siber.
Fahmi turut menyatakan rasa bangga atas peranan proaktif Malaysia dalam memperjuangkan keselamatan digital serantau:
“Malaysia bangga menjadi peneraju dalam merangka Garis Panduan ASEAN mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab.”
Langkah ini disifatkan sebagai usaha penting ke arah ruang digital yang lebih selamat, beretika dan menghormati prinsip ASEAN.
Komitmen Malaysia:
✅ Kukuhkan undang-undang digital
✅ Lindungi rakyat di ruang siber
✅ Hormat kedaulatan negara dalam dunia maya
✅ Bekerjasama dalam kerangka ASEAN & global
Malaysia tidak akan tunduk kepada ‘gajah teknologi’!
Undang-undang tetap menjadi benteng utama untuk lindungi rakyat & negara.