Setiap tindakan dan aktiviti pelakon terkenal, Fattah Amin, sering kali mencuri perhatian ramai, terutamanya para peminat setia beliau.
Sejak bergelar duda anak satu, nama Fattah kembali hangat diperkatakan dan lebih menarik apabila dia kini dikaitkan dengan penyanyi popular, Amira Othman. Hubungan mereka turut mendapat perhatian netizen yang tidak henti-henti mendoakan agar mereka berjodoh.
Teruskan MembacaSelain aktif dalam bidang lakonan, Fattah kini turut menceburi dunia perniagaan. Beliau mengusahakan sebuah kafe dan gimnasium, selain melibatkan diri dalam pelaburan hartanah dan perniagaan kosmetik.
Baru-baru ini, tular rakaman video Fattah menyertai trend TikTok ‘Dame Un Grr’ bersama adik Amira, iaitu penyanyi Irfan Haris. Momen tersebut dirakam ketika mereka berada di luar negara atas urusan kerja.
Meninjau ruangan komen di media sosial, ramai peminat meluahkan rasa teruja melihat keserasian antara kedua-dua selebriti itu. Ada yang turut mendoakan agar Fattah dan Irfan suatu hari nanti dapat menjadi sebahagian daripada satu keluarga. Malah, segelintir netizen turut mencadangkan agar Fattah melakukan trend TikTok itu bersama Amira Othman pula.