PUTRAJAYA: Pasangan paling trending tahun ini, Bella Astillah dan Syed Saddiq atau lebih dikenali dengan nama gabungan ‘BASS’ berjaya mencuri spotlight apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Couple Goals Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), malam semalam.
Teruskan MembacaMajlis penuh glam yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tu memang meriah habis, tapi apa yang paling buat penonton ‘melompat’ ialah bila BASS diumum sebagai pemenang. Walaupun hubungan mereka tak pernah ada pengesahan rasmi, chemistry dan keserasian mereka dalam pelbagai kolaborasi memang buat ramai cair.
Peminat tak henti-henti undi, dan akhirnya pasangan sensasi ni berjaya kalahkan ramai nama besar lain dalam senarai top couple selebriti Malaysia.
Antara pasangan lain yang turut tercalon termasuklah Ayda Jebat & Nabil Mahir, Fattah Amin & Amira Othman, Fasha Sandha & Aidil Aziz, Janna Nick & Dini Schatzmann, Mimi Lana & Syafiq Kyle, dan ramai lagi. Tapi nampaknya, aura BASS memang lain macam siap digelar netizen sebagai “ikon couple paling ikonik 2025”!
AMT 2025 bukan sekadar malam glamor, tapi juga jadi pentas untuk raikan selebriti dan content creator yang ada pengaruh besar dan beri impak positif kepada masyarakat. Disiarkan secara langsung di TV3, acara ni memang dinanti-nanti peminat hiburan tempatan setiap tahun.
Antara nama lain yang turut mencuri tumpuan malam tu:
- Daiyan Trisha menang Ultimate Award
- Sophia Albarakbah dinobat Selebriti Feminin Terhangat
- Siti Saleha bawa pulang Selebriti Ikon Terhangat
- Khai Bahar diumumkan Selebriti Muzik Paling Onz
- Cik Epal menang Selebriti Trending Terhangat
- Fattah Amin kembali raih gelaran Selebriti Maskulin Terhangat
- Dan Datuk Rosyam Nor? Beliau diangkat sebagai Selebriti Viral Terhangat
Malam penuh bintang, penuh kejutan, dan yang paling pasti BASS dah ‘lock’ tempat mereka dalam carta couple paling meletup tahun ni.