Fattah Amin Utamakan Solat Dahulu Sebelum Rakam Lagu

Pelakon terkenal, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin dipuji oleh netizen kerana utamakan solat sebelum merakam lagu terbaru yang dinyanyikan olehnya berjudul, Lelaki Terakhir.

Menerusi perkongsian dari TikTok AJboss, dia telah merakam secara ‘curi-curi’ Fattah Amin yang sedang menunaikan solat di studio rakaman sebelum sesi berkenaan bermula.

Pengguna TikTok tersebut mengatakan bahawa situasi itu adalah antara apa yang berlaku di sebalik tabir proses rakaman lagu Lelaki Terakhir yang merupakan lagu baru dari Fattah Amin.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?