PETALING JAYA: Power betul! Kopitiam tempatan popular, Ali, Muthu & Ah Hock berjaya cipta sejarah bila masuk dalam Malaysia Book of Records (MBR) dengan jualan lebih 452,162 pinggan nasi lemak sepanjang tahun 2024.
Teruskan MembacaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kata pencapaian ni bukti yang jenama tempatan memang ada class, siap tunjuk potensi besar industri makanan dan minuman dalam tolong boost ekonomi negara.
Paling menarik, Ali, Muthu & Ah Hock siap bagi diskaun 50% untuk nasi lemak sempena Bulan Kebangsaan 2025. Memang lain macam cara mereka celebrate bulan merdeka, sambil promote patriotisme, sambil kenyangkan perut rakyat!
Ditubuhkan sejak 2012, sekarang kopitiam ni dah ada 18 cawangan seluruh Malaysia. Konsep dia pun unik, bawa vibe perpaduan rakyat berbilang kaum, memang kena dengan nama kedai.
KPDN pun salute cara mereka berniaga sebab bukan sekadar jual makan minum, tapi dalam masa sama bawa mesej kebersamaan rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan sama, KPDN ajak lebih ramai usahawan kecil dan sederhana untuk ikut langkah kreatif macam ni dan guna platform digital untuk kembangkan produk tempatan.
“Kalau industri kita terus berkembang, pelancong luar pun confirm lebih tertarik nak cuba makanan Malaysia, especially menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.
Untuk rekod, ekonomi negara pun tengah steady. Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam tunjuk ekonomi naik 4.4% pada Suku Kedua 2025, dengan sektor makanan dan minuman catat pertumbuhan kukuh sebanyak 5.1%.