CYBERJAYA – Malaysia bakal naik level dalam dunia kecerdasan buatan (AI) dengan pelancaran AI Transformation Centre (AIX) di Multimedia University (MMU), Cyberjaya.
Yang bestnya, projek ni hasil pelaburan bersama RM37 juta oleh MCMC & MMU dan akan menempatkan 13 makmal AI bertaraf dunia!
Teruskan MembacaPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, masa merasmikan Fakulti Kecerdasan Buatan & Kejuruteraan (FAIE) kata:
“Ini bukan sekadar bangunan, tapi platform untuk idea, bakat & inovasi yang akan jadikan Malaysia peneraju serantau AI.”
AIX ni bukan biasa-biasa. Ia akan jadi pusat R&D AI yang libatkan kerajaan, industri & universiti. Fokus dia?
💡 Automasi
💡 Cloud computing
💡 Big Data
💡 Applied AI
💡 Sektor kesihatan, pendidikan, kewangan, pertanian
Senang cerita, inisiatif ni align dengan Agenda Malaysia MADANI & Pelan Teknologi AI 2026–2030 — push Malaysia ke arah pembangunan digital yang inklusif & beretika.
Dengan FAIE + AIX ni, Cyberjaya confirm akan jadi hab AI global.