PUTRAJAYA: Mulai 1 September, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh menikmati perlindungan insurans dan takaful pada harga mampu milik melalui program Baucar Perlindungan Tenang 3.0 (PTV3.0).
Teruskan MembacaDengan baucar bernilai RM30, penerima STR boleh menampung sebahagian kos produk perlindungan yang berharga minimum RM50 setahun.
Menurut Kementerian Kewangan (MoF), kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta dalam Belanjawan 2025 bagi menjayakan program ini dengan kerjasama industri insurans dan takaful.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PTV3.0 adalah usaha kerajaan memastikan rakyat berpendapatan rendah juga mendapat perlindungan kewangan asas.
“Kesihatan dan keselamatan bukanlah kemewahan untuk segelintir pihak sahaja, sebaliknya hak semua rakyat,” tegas beliau.
Untuk elak penyalahgunaan, baucar ini hanya boleh ditebus oleh penerima STR yang sah selepas melalui pengesahan identiti.
Semakan kelayakan boleh dibuat di www.myptv.my, manakala senarai produk perlindungan tersedia di www.mycoverage.my.