TIANJIN: Projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini dah masuk 85 peratus siap setakat Julai 2025. Kalau ikut perancangan, fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2027.
Teruskan MembacaAntara pencapaian besar baru-baru ni ialah kejayaan menembusi Terowong Genting pada Julai lalu, terowong rel terpanjang di Asia Tenggara. Memang milestone penting untuk projek infrastruktur gergasi ni.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kata ECRL bukan sekadar projek rel, tapi pemangkin ekonomi untuk seluruh Pantai Timur.
“Melalui Economic Accelerator Projects (EAP), kerajaan nak tarik lebih banyak pelaburan, bina hab logistik dan taman perindustrian baru di sepanjang laluan ECRL. Projek ni akan mudahkan perjalanan, wujudkan peluang kerja dan bantu tingkatkan taraf hidup rakyat. Insya-Allah, kita akan pastikan ia beri manfaat maksimum pada negara,” katanya.
Bila siap nanti, ECRL bakal jadi game changer sebab ia menghubungkan Pantai Timur terus ke Lembah Klang. Masa perjalanan pun dijangka jauh lebih singkat berbanding guna laluan darat biasa.