KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan dakwaan bahawa pengguna hanya boleh membeli petrol RON95 sekali sehari. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, maklumat yang tersebar itu tidak benar dan bercanggah dengan tujuan asal subsidi Budi Madani RON95 (Budi95).
Teruskan MembacaPihak kementerian menjelaskan, walaupun ada langkah semakan bagi mengelak penyalahgunaan subsidi, tiada peraturan baharu yang akan menyusahkan rakyat untuk mengisi minyak seperti biasa.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah umumkan bahawa rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu sah masih layak menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter, dengan kuota 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing juga boleh memohon tambahan kuota jika perlu.
Dengan penjelasan ini, pengguna boleh menarik nafas lega kerana tiada sekatan pembelian harian dikenakan, sebaliknya kerajaan mengekalkan fokus pada memastikan subsidi sampai kepada golongan yang benar-benar layak.