Bukan semua orang berani buka cerita tentang jatuh bangun dalam perkahwinan, tapi pelakon Mia Ahmad baru-baru ini jujur berkongsi apa yang dia lalui selepas sembilan tahun hidup bersama suaminya, Izham Tarmizi.
Teruskan MembacaDalam satu posting yang penuh emosinya, Mia mengaku dia pernah berada di tahap hampir berputus asa. Katanya, selama sembilan tahun itu bukan semuanya indah, ada masa dia rasa tak cukup, ada masa dia rasa dah buat yang terbaik tapi hati tetap rasa tak tenang.
Mia cerita, apa yang banyak menguji hubungan mereka adalah kekurangan “skill” untuk memahami satu sama lain. Menurutnya, kalau kita tak belajar cara untuk betul-betul mendengar, memproses dan memahami pasangan, hubungan hanya akan bertahan tapi hambar.
Bagi Mia, perkahwinan bukan sekadar bahagia tengok di Instagram atau moment sweet yang orang nampak. Hakikatnya, perkahwinan adalah perjalanan ibadah, kena ada niat yang betul, kena usaha, kena doa, dan kena sentiasa belajar.
Walaupun pernah hampir tewas dengan emosi sendiri, Mia bersyukur dapat bangkit dan memilih untuk kekal berjuang demi rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan sekarang dikurniakan empat cahaya mata. Walaupun cabaran datang silih berganti, Mia kini melangkah ke tahun kesembilan ini dengan mindset yang lebih matang dan hati yang lebih kuat.
Kadang-kadang, pasangan yang kita nampak bahagia pun sebenarnya pernah melalui fasa gelap mereka. Bezanya, ada yang pilih untuk terus bertahan dan Mia adalah salah seorang daripadanya.
















