PETALING JAYA: Satu Malaysia bangga dengan atlet wanita negara, Emma Firyana Saroji, dengan pencapaiannya yang berjaya menjuarai acara Singles di Kejohanan Boling Padang Piala Dunia 2025! Kemenangan ini sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Teruskan MembacaAksi penentuan pingat emas berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad lalu, dengan Emma menentang pemain England, Kathrine Rednall. Perlawanan memang sengit, set pertama berakhir seri 5-5, dan terpaksa diteruskan ke set penentuan. Tapi Emma tetap tenang dan fokus, sebelum akhirnya meraih kemenangan emas yang sangat berharga.
Kejayaan ini bukan saja manis untuk Emma secara peribadi, tapi juga menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perlawanan dan bangga tengok atlet tempatan bersaing di pentas dunia.
Dengan ranking ke-12 dunia sekarang, Emma membuktikan bahawa atlet Malaysia boleh bersaing dengan yang terbaik di peringkat antarabangsa. Tahniah, Emma! Malaysia memang bangga dengan kamu!
















