Kalau korang peminat lagu yang sentuh hati, mesti kena dengar single terbaru Ernie Zakri berjudul ‘Perjalanan’, hasil kolaborasi dengan komposer handal dari Indonesia, Andi Rianto.
Lagu ni bukan sekadar sedap didengar, tapi penuh cerita hidup. Tentang cabaran, pengalaman, dan perjalanan karier Ernie dalam industri hiburan. Ernie sendiri tulis liriknya, manakala Andi handle muzik & susunan, jadinya emosi lagu ni memang padu!
Teruskan MembacaErnie berkongsi, idea lagu ni lahir semasa mereka duduk sama-sama ‘throwback’ pengalaman hidup:
“Andi suruh saya tulis lirik yang betul-betul datang dari hati. Dari situ lahirlah Perjalanan, macam cerita hidup saya sendiri,” kata Ernie.
Andi pula kata, Ernie adalah sumber inspirasi utama:
“Dia dah lalui macam-macam fasa dalam industri. Lagu ni memang sesuai untuk dia bawakan sekarang,” jelas Andi.

Lagu ‘Perjalanan’ memang sesuai untuk korang yang nak relate dengan kisah hidup sendiri, atau sekadar nak dengar muzik yang ada “feels” dan penghayatan mendalam.
Kalau korang belum dengar, jangan lepaskan! Klik play & rasai emosi Perjalanan ni sendiri.
















