PETALING JAYA: Malaysia secara rasmi menamatkan tugas sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini dan boleh dikatakan, kita tutup tirai 2025 dengan penuh gaya, kebanggaan dan kejayaan yang cukup bermakna!
Teruskan MembacaSepanjang tahun ni, Malaysia memang nampak menonjol dalam memimpin rantau Asia Tenggara. Di tengah-tengah dunia yang banyak cabaran, negara kita berjaya bawa semangat perpaduan, hidupkan semula perbincangan antara negara jiran, dan buktikan bahawa ASEAN masih kukuh bila semua bersatu hati.
Kemuncak tahun ini semestinya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, yang mencatat dua detik bersejarah, Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand, dan penandatanganan ASEAN-China Free Trade Area 3.0 (ACFTA 3.0) yang bakal buka lebih banyak peluang ekonomi untuk rantau ni. Hebat, kan?
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hantaran di Facebook, luahkan rasa syukur dan bangga dengan perjalanan kepimpinan Malaysia sepanjang tahun. Katanya, walaupun masih ada isu belum selesai, setiap langkah yang diambil tetap bermakna dan membawa ASEAN ke arah masa depan yang lebih adil dan penuh harapan.
“Tak semua kebuntuan terurai, tapi setiap langkah berani dah melengkungkan sejarah menuju harapan dan keadilan. Di situlah kekuatan sebenar ASEAN, berpaut pada kesetiaan, keterangkuman dan keyakinan antara kita,” tulisnya.
Anwar juga sempat ucap terima kasih kepada rakyat Malaysia yang selama ni sentiasa bagi sokongan dan sambutan hangat kepada tetamu dari seluruh rantau.
“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas kesabaran dan kemesraan yang dihulurkan kepada sahabat-sahabat serantau sepanjang tahun yang mencabar ini. Dunia dah menyaksikan, inilah wajah sebenar Malaysia!” katanya.
Dengan penyerahan tugas kepada Filipina, Malaysia tinggalkan legasi kepimpinan yang bukan saja berwibawa, tapi juga penuh nilai kemanusiaan, kebersamaan dan semangat ASEAN yang sejati.















