KUALA LUMPUR: Sejarah tercipta buat badminton Malaysia! Gandingan beregu wanita sensasi negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, kini rasmi bergelar beregu wanita nombor satu dunia dalam ranking kelayakan Jelajah Dunia BWF.
Teruskan MembacaDua bintang ini berjaya memintas pasangan handalan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, selepas mengumpul 104,860 mata, berbanding 103,150 mata yang dikumpul gandingan China tersebut.
Menariknya, lonjakan ini berlaku sebab pasangan Liu-Tan tak sertai dua kejohanan penting Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo sekali gus beri ruang buat Pearly-Thinaah rampas takhta ranking!
Musim ni memang luar biasa untuk mereka berdua dari prestasi konsisten, semangat juang tinggi sampai ke teamwork yang makin padu di gelanggang. Tak hairanlah kalau mereka kini dianggap antara beregu paling berbahaya dalam arena badminton wanita dunia.
Seterusnya, Pearly-Thinaah bakal turun beraksi dalam Masters Jepun minggu depan sebagai pilihan utama, manakala pasangan China masih tak sertai kejohanan tu, satu lagi peluang emas untuk tambah mata dan kukuhkan kedudukan mereka di puncak.
Walaupun masih di tangga kedua dalam ranking dunia keseluruhan, momentum mereka nampak tak boleh disekat lagi.
Netizen pun ramai yang tumpang bangga dengan kejayaan ni, bukan senang nak tengok wakil Malaysia duduk di puncak dunia!
Tahniah Pearly-Thinaah! Teruskan berjuang dan bawa nama Malaysia lebih tinggi di pentas dunia!
















