KUALA LUMPUR: Malam Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) sememangnya penuh dengan kejutan, tapi paling mencuri tumpuan bila Syafiq Kyle dan Syazwan Zulkifly diumumkan sebagai pemenang bersama kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik!
Teruskan MembacaDua pelakon berbakat besar ini menang menerusi lakonan mantap mereka dalam filem Blood Brothers: Bara Naga, yang menampilkan kisah adik-beradik penuh konflik, emosi dan pengorbanan. Persembahan mereka bukan saja buat penonton terkesan, tapi juga berjaya mencuri hati juri malam itu.
Waktu diumumkan pemenang, suasana terus gamat! Syafiq dan Syazwan naik ke pentas sambil bergurau sesama sendiri, masing-masing macam nak bagi laluan kepada yang lain dulu, tapi akhirnya dua-dua angkat trofi bersama sambil senyum lebar. Memang rare moment!
Lebih menyentuh hati, bila Syazwan dedikasikan kemenangan tu buat arwah ibunya yang meninggal dunia Februari lalu. Saat dia berucap, ramai dalam dewan turut sebak dan memberi tepukan panjang. Memang momen yang penuh makna.
Untuk peminat filem tempatan, kemenangan “kongsi trofi” ni bukan benda biasa, tapi jelas menunjukkan nilai kerja berpasukan dan semangat brotherhood sebenar. Kadang-kadang, kejayaan paling manis tu bukan bila kita menang sorang, tapi bila kita menang sama-sama.
Tahniah buat dua “Blood Brother” Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly!
















