Nama Bella Astillah sekali lagi jadi bualan netizen, kali ini bukan sebab lagu atau drama, tetapi gara-gara satu ucapan hari lahir yang nampak ‘lain macam’.
Teruskan MembacaMenerusi satu hantaran, Bella dilihat mengucapkan selamat hari lahir kepada Syed Saddiq dengan gaya yang agak formal sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada yang kata ayatnya comel, ada juga yang usik kononnya terlalu ‘skema’ untuk kawan rapat.
Paling mencuri perhatian tentunya respon Syed Saddiq sendiri. Ahli Parlimen itu dilihat membalas ucapan Bella dengan nada yang santai, sekaligus membuatkan suasana lebih ‘hidup’. Balasan tersebut terus dibanjiri komen netizen yang rata-rata terhibur dengan interaksi mereka berdua.
Di ruangan komen, ramai yang mula ‘buat spekulasi’ dan mengusik kononnya hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan biasa. Tidak kurang juga yang berharap agar kedua-duanya berjaya dalam kerjaya masing-masing dan kekal berkawan baik.
Sama ada sekadar kawan atau lebih, netizen nampaknya memang sentiasa ‘alert’ bila melibatkan dua figura ini. Kita doakan yang baik baik untuk mereka okay. Apa apa pun, Selamat Hari Lahir YB!
















