Tinggal beberapa jam je lagi nak ucap selamat tinggal kepada 2025! Kalau korang masih blur nak ke mana malam 31 Disember nanti, jangan risau, sekitar Lembah Klang memang penuh dengan lokasi menarik untuk sambut Ambang Tahun Baharu 2026 lengkap dengan bunga api dan konsert gempak.
Teruskan MembacaDari pusat bandar sampai ke kawasan tumpuan anak muda, masing-masing tampil dengan konsep tersendiri. Tinggal pilih ikut vibe korang, nak santai, family-friendly atau nak ‘all out’ party.
Antara lokasi paling popular sudah tentu kawasan KLCC. Selain pemandangan ikonik Menara Berkembar, pengunjung bakal dihiburkan dengan konsert besar dan pertunjukan bunga api yang sentiasa jadi tumpuan setiap tahun. Memang klasik, tapi tetap tak pernah mengecewakan.
Kalau nak suasana lebih urban dan meriah, Bukit Bintang seperti di Pavilion KL dan LaLaport BBCC juga antara pilihan ramai. Kawasan ni biasanya penuh dengan anak muda, pelancong dan peminat hiburan yang nak sambut detik 12 malam sambil layan persembahan artis secara langsung.
Untuk yang nak pengalaman lebih ‘chill’ tapi still bergaya, The Exchange TRX turut menjadi antara spot pilihan dengan suasana moden, pencahayaan menarik dan pertunjukan khas menjelang tengah malam.
Di bahagian timur Lembah Klang pula, Sunway Velocity Cheras menawarkan gabungan konsert live dan bunga api, sesuai untuk yang nak vibe pesta tapi tak terlalu sesak macam kawasan pusat bandar.
Bagi yang datang bersama keluarga, Sunway Lagoon sering menjadi lokasi kegemaran kerana konsepnya lebih mesra keluarga dengan hiburan, persembahan pentas dan pertunjukan bunga api dalam suasana taman tema.
Sementara itu, The Curve, Mutiara Damansara juga tak ketinggalan dengan konsert dan persembahan artis tempatan sejak petang hingga ke detik countdown, sesuai untuk yang nak datang awal dan elak kesesakan saat akhir.
Apa pun pilihan korang, dinasihatkan untuk rancang perjalanan lebih awal sebab kebanyakan lokasi ini dijangka sesak. Guna pengangkutan awam kalau boleh, dan pastikan jaga keselamatan masing-masing.
Yang paling penting, sambutlah tahun baharu dengan penuh keseronokan, tapi jangan lupa bertanggungjawab. Selamat tinggal 2025, dan hello 2026, semoga tahun baharu datang dengan lebih banyak cerita baik!
















