Berita baik buat peminat muzik indie! Kumpulan popular dari Indonesia, Romantic Echoes, akhirnya kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert solo pertama mereka yang dijangka penuh emosi dan nostalgia.
Teruskan MembacaKonsert bertajuk “Dentum: The First Romantic Echoes Showcase Live In Malaysia” bakal berlangsung pada 6 Februari 2026 di Zepp Kuala Lumpur, lokasi yang sememangnya sinonim dengan persembahan muzik live berskala besar dan berkualiti.
Kehadiran Romantic Echoes ke Kuala Lumpur bukan sesuatu yang asing. Sebelum ini, band ini pernah mencuri perhatian peminat tempatan menerusi persembahan mereka di Nyala Fest 2024, yang mendapat sambutan luar biasa. Sambutan hangat itulah yang membuka laluan kepada konsert solo khas buat peminat Malaysia.
Untuk konsert kali ini, Romantic Echoes dijangka mempersembahkan lebih 18 buah lagu daripada empat album mereka, termasuk karya-karya yang dekat di hati pendengar seperti Persembahan Dari Masa Lalu, Paradisa, Amarahdan Gaung Asmara. Persembahan akan disusun khas bagi mencipta suasana lebih intim, emosional dan dekat dengan penonton.
Lebih menarik, kumpulan indie tempatan Midnight Fusic turut diumumkan sebagai artis pembuka tirai, sekali gus menjadikan malam konsert ini satu pertembungan istimewa antara dua band kegemaran peminat indie serantau.
Dari segi tiket, penjualan dijadualkan bermula 30 Disember menerusi platform Ticket Empire. Dengan pengaruh Romantic Echoes yang semakin kuat di Malaysia, ramai menjangkakan tiket akan habis terjual dalam masa singkat.
Buat peminat muzik yang gemarkan lirik mendalam, bunyi gitar yang syahdu dan persembahan live penuh perasaan, konsert ini pastinya antara yang wajib masuk dalam kalendar 2026.
KL, bersedia untuk malam penuh dentuman emosi bersama Romantic Echoes!
















