Pelakon versatil, Nabila Huda membuktikan tahap profesionalisme yang bukan biasa-biasa apabila tetap meneruskan penglibatannya dalam sebuah teater muzikal walaupun sedang berdepan masalah slip disc.
Teruskan MembacaMenurut Nabila, kesakitan yang dialami memang bukan ringan, malah ada ketika membuatkan pergerakan menjadi terbatas. Namun demi tanggungjawab terhadap produksi dan penonton, dia memilih untuk terus bertahan sehingga tirai pementasan dilabuhkan.
Apa yang lebih mengejutkan, Nabila sendiri mengakui terpaksa meminta ubat tahan sakit yang paling kuat semata-mata untuk memastikan dirinya mampu berdiri dan beraksi di atas pentas. Baginya, selagi masih boleh bekerja dan menyempurnakan amanah, kesakitan itu perlu diketepikan buat sementara waktu.
Perkongsian itu nyata mengundang perhatian ramai, dengan peminat membanjiri ruangan komen dan mendoakan agar kesihatan Nabila segera pulih. Ramai juga memuji semangat juangnya yang sanggup berkorban demi seni.
Dalam masa sama, Nabila menegaskan dia tetap akan memberi perhatian serius terhadap rawatan selepas ini dan tidak mahu memandang ringan soal kesihatan.
Semangat, disiplin dan dedikasi Nabila Huda ini sekali lagi membuktikan mengapa namanya kekal relevan dan dihormati dalam industri hiburan tanah air.
















