SEBAIK memperoleh kemenangan dalam Muzikal Lawak Superstar oleh kumpulan Sarkas, semalam, kita dihebohkan dengan satu kontroversi yang mendakwa salah seorang ahlinya, Acap S sebagai ‘parasit’ dalam kumpulannya.
Beliau ketika ditemui media, mengakui bahawa, ramai individu menyelar dirinya sebagai individu yang tidak mampu menjentik hati masyarakat untuk gelak ketawa walaupun di media sosial.
Teruskan Membaca“Banyak komen yang memberi kesan kepada saya. Semua cakap tidak kelakarlah, menumpang, tak memainkan peranan dan ada yang saran saya untuk balik ke ‘live’ (TIkTok) semula.
“Komennya lebih kurang dan setiap minggu saya akan dapat komen yang sebegitu,” jelasnya.
Namun begitu, terdapat juga segelintir pihak yang beranggapan bahawa itu sebagai rezeki yang sudah diatur dari pencipta (Allah) kepada usahanya yang berjaya sampai ke tahap itu.
“Padu tak padu, lawak tak lawak, siapa kita nak tolak rezeki diberi Allah SWT. Terima sahaja rezeki yang Allah bagi. Rezeki dia, orang terima sahajalah. Netizen sekarang ini semua benda tak kena di mata korang,” komen Lebai00011 dalam aplikasi TikTok.
“Teruskan usaha lagi acap. Macam Fattah dulu pun orang banyak cakap macam ini, tetapi rezekikan masing-masing Allah dah aturkan,” balas Nur Amina. — KL Viral
Baca juga: